RSS

Countless Dreams

Thousands miles | Hundreds wishes | Countless dreams
Semua orang ada impian, ada cita-cita yang nak dicapai sebelum nafas terhenti. Since sekolah dulu, saya ada satu impian yang tak berubah, and impian tu yang selalu buat saya rasa bersyukur sampai sekarang. :') It's not something like ambition yang time sekolah rendah cikgu-cikgu akan tanya, "Bila besar nanti awak nak jadi apa, nak kerja apa?". And ni bukan impian yang once in a lifetime akan buat, tapi insyaAllah kekal sampai ke hujung nyawa and jika diizinkan Allah, impian tu lah yang akan jadi saham untuk ke SyurgaNya.

Apa impian tu?
:) Nak bukak rumah anak yatim.

Teringat time form 5 dulu, I was volunteering untuk jadi ketua projek ke rumah anak-anak yatim kat Melaka and banyak sangat halangan and cabaran. Alhamdulillah ramai yang membantu. Even though agak kelam kabut, I really hope penghuni rumah anak yatim tu gembira dengan kehadiran kami kat situ. And I know, nak manage satu rumah anak yatim tu sangatlah susah, banyak yang perlu dikorbankan, kena tanam sifat sabar dalam diri, kena tabah and so on. Through that project, I learnt how to ask for sponsorship, nak bagi kat penghuni-penghuni tu. Effort yang saya letak tu, kalau nak di comparekan dengan 'pemilik' rumah anak yatim tu, agaknya 1% pun tak sampai. Itu pun dah rasa "hectic" sangat kerja tu. Macam mana nak tunaikan impian diri sendiri kalau macam tu? ><

Apa-apapun, impian tu tetap ada sampai sekarang. I will try my best untuk tunaikan sendiri, takkan selama-lamanya nak bergantung kat orang untuk tunaikan impian diri sendiri kan. :) Just satu je yang nak mintak tolong, doakan saya :')

p/s: Next semester nak buat lebih baik dari sem lepas!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Waiting For The Time

HE is the best planner..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Judge

As a human, kita memang selalu ada rasa nak judge orang and sometimes kita tak perasan kita ter'judge' orang. Be in others' shoes before we judge, baru la kita tahu pahit perit pedih (dan yang sewaktu dengannya) yang orang tu tengah rasa. But then, kita yang terlalu sensitif ni menggelabah then cakap "They're judging me." without knowing that kita sendiri yang menunjukkan bad behavior etc. Both side ada salah, so apa-apa pun kita start dengan diri sendiri dulu.

- Stop judging people based on our own understanding about their problem (plain observation)!
- Stop whining on why people judge you.
It's very heart wrecking when people start judging everything that we did in the past or present time. We start to tweet about our feeling, update status on how bad people's judging us bla3. Haish. Tapi diri sendiri pun judge orang jugak, achaner? :(

And somehow, without kita sedar, kita abandon orang or group yang we claim "They judge people." even though just some part of the group yang buat macam tu. Have we ever be in their shoes? Maybe mereka pernah hidup dalam dunia yang mereka menjadi mangsa penilaian manusia? Yes, mungkin kita akan cakap, "Bila diorang rasa lebih hebat dari orang lain, mula lah apa yang orang lain buat tak kena.". Why not kita menegur, bagi nasihat, instead of leaving them and stop joining them?

I experienced it once, I did judge @#$ after 1st time jumpa. Then rasa macam dah taknak join @#$ in anything @#$ do. But you know what, @#$ is not like what I think. Totally. Why this happened?
- Negative thinking
- Too much depending on others' opinion (?)
- Judge without knowing he/she/them in person
- Etcetera etcetera
You know, when you start saying yang dia/mereka judge orang, I'm starting to judge you too, bukan diorang je. See, it's dangerous. Macam kanser, kanser pun kalah. I'm a normal human being, yang mudah terpengaruh dan dipengaruhi. I don't like people to judge me, so I HAVE to stop judging people. DO help me :( DO help yourself. DO help your friends. We live in one big world, bukan hanya dalam dunia ciptaan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup Untuk Memberi

Lately ni asyik ternampak pasal "Hidup Untuk Memberi" dan sewaktu dengannya je. Semalam Hilal pun post macam tu. Selama ni tahu je quote ni sebab blog Saiful Islam, tapi jarang sangat nak berfikir sedalam-dalamnya.

Seolah-olah dah jadi norm kat sekeliling kita, bila orang mintak tolong, baru kita akan tolong (tak semua situasi la kan, please please please, please take it as general-sambil nyanyi lagu alif satar). Padahal Islam anjurkan kita untuk saling membantu antara satu sama lain. Kadang-kadang, saya sendiri pun kalau ada orang yang tengah buat keje or ada masalah kat depan mata, tak pon nak hulurkan bantuan. Pastu bagi alasan kat diri sendiri, "Dia tak mintak tolong pun, tak payah menyibuk la Ana." Haish, fikiran macam ni la yang merugikan umat. T__T Tambah pulak dengan zaman teknologi ni, bila nampak orang macam nak mintak tolong, cepat-cepat busykan diri dengan main fon or laptop. (sila lempang saya).

But at some moment, bila kita sangat sangat perlukan bantuan, takde sape nak tolong. So kita pun mula la cakap dalam hati, "Isk, takde orang nak tolong ke. Selfish betul masing-masing" (Oups, nauzubillah). Tapi ada tak kita refleks balik kat diri kita, pernah tak kita tolong orang walaupun orang tu tak mintak tolong? One more thing, orang cakap, "Jangan malu malu kalau nak mintak bantuan pape ye". Tau tak, hakikatnya kita ni pemalu, so memanglah dok menunggu orang datang tolong je. So, kalau semua orang ada rasa prihatin, tak ignorance dengan masalah sekeliling, memberi tanpa dipinta, senang tak? Tak semua orang ada gut untuk voice out yang diorang perlukan bantuan, so kita kenalah jadi alert. Ada jugak sesetengah orang trauma, sebab dia pernah mintak tolong dari orang tapi orang tu tak menolong atas sebab MALAS. Sedih kan macam tu. Apelah nasib :(

SO, mulai hari ini, saya mahu menjadi seorang yang alert dengan persekitaran. Membantu tanpa dipinta, memberi tanpa dipaksa. Ehem, kalau saya tak buat sila ketuk dengan tumbler ><

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermain seperti kanak-kanak

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak present the model of plant cell. Terasa macam kanak-kanak pulak bila main dengan tanah liat etc tu :D Uli uli buat bentuk-bentuk organelles. Hasil selepas berhempas pulas (la sangat :P) menyiapkan model yang macam taman permainan.

Tadaaaaaa! :D

Cell wall untuk plant cell tu dah macam 'literally' ambil perkataan wall pulak ^^ Pagar rumah vs 'pagar' sel huhu. Apa apapun thanks to groupmates yang mengerah tenaga (hiperbola) menyiapkan semuanya di saat saat akhir. Sampai menang "The battle between two plant cells" heho. Tapi tak dapat menandingi ciptaan Allah yang sangat awesome, kita nak tiru pun jangan harap la nak sama kan. Yang dalam buku teks tu pon bukan exactly like the real one pun kan kan hehe. OK, yang kat bawah ni gambar plant cell from the other group. Memang sengit lah 'battle' tu :P

1st impression: "Macam katil, rasa macam nak tido" :D

This is the real life of university student nowadays, kembali ke zaman kanak-kanak :P (sarcastic ke?)

Next week pun present for the modelling jugak, DNA. So, marilah merajinkan diri.

p/s: Lab report belum siap ><

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Month Plus To Go

Pejam celik pejam celik, lagi sebulan lebih lagi nak Ramadhan. Cepat je Rejab berlalu. For me, Ramadhan membawa makna yang sangat mendalam. A month yang I spent my last time dengan arwah mak. Makan sama sama (as in bersahur dan berbuka puasa), dapat bersembang dengan mak, dapat tengok mak senyum, dapat makan masakan mak etc. Itu cerita Ramadhan 3 tahun lepas la :') Tak sangka dah nak masuk 3 tahun mak pergi menemuiNya. Rasa macam baru je. Terngiang-ngiang lagi malam raya kat hospital, pagi raya konon balik rumah bersiap cantik cantik, hari raya kan. Dah siap, terus pergi hospital balik, nak beraya dengan mak even though mak still unconscious. At least dapat berpagi raya, bersalam dengan mak, mintak ampun semua. I believe yang mak dengar semua tu, walaupun mak pejam mata. :)

Alhamdulillah pagi tu ramai kaum kerabat datang beraya kat hospital, takla rasa sedih sangat. Nenek pakcik makcik sepupu semua datang. Kat rumah memang takde stok kuih muih ketupat rendang langsung huhu. Semua orang yang bagi. Gembira la jugak sikit kan. Tapi tu lah, bila ujian Allah nak turun kan, kita tak sedar pun. Lepas solat Isya' kat surau hospital, secara tak sengaja brooch tudung kakak yang besar gedabak tu jatuh atas peha, memang berdarah-darah la =.= Time tu tak la rasa semacam lagi. Bila dah kat pintu lift, tiba-tiba kakak dapat call from guard yang jaga HDW (High Dependency Ward). Dia suruh kitorang cepat ke sana. Tak fikir pelik pelik lagi. Dah sampai tu, guard tu bagi semua orang masuk. Waktu tu bertiga. Dah pelik la, sebab selalunya 2 orang je and kena pakai nametag tu. Kaki dah lemah nak melangkah dah, nurse siap cakap,

"Adik, pergi tolong bisikkan kalimah syahadah kat mak adik ye. Banyakkan bersabar."

Allah :( Nak tersungkur pun ada. Tapi kuatkan jugak hati. Bukak je tirai, terus air mata mengalir. Something yang tak pernah dibayangkan, now jadi depan mata. Sebelum ni dengar cerita je. Tengok cerekarama je, yang mak/ayah/suami etc meninggal di hari raya Aidilfitri. Habis je mengucap dua kalimah syahadah tu, memang terus lari keluar ward. Apa orang tengok pelik, semua buat dono je. Duduk kat satu penjuru, menangis sepuas hati. Then baru call sedara terdekat and bestfriends, inform. Nak keluar satu perkataan pun, hanya Allah je yang tau betapa susahnya. Tersekat-sekat.

Keesokan pagi tu, mak selamat dikebumikan di kawasan perkuburan Islam near to my house. Yang terkilan sikit bila kita tak dapat uruskan arwah mak secara total, semua harap orang kampung (or orang kampung tak harapkan kita sangat :'( sedih tau tak) So, yang di luar sana tu, silalah bertegas untuk menguruskan jenazah ibu/bapa kita. From mandi, kafankan etc. Cari ilmu tu, and amalkan. Urm, since raya 2009 tu, memang dapat rasa yang suasana hari Raya Aidilfitri makin hambar. Ye lah, setiap kali raya mesti macam flashback depan mata, apa yang jadi time 2009 tu. Raya tahun ni taktau la pulak macam mana kan. Harapnya semuanya baik-baik belaka.

Tak sabar nak Ramadhan, tak sabar nak rasa indahnya menumpang rasa keperitan insan-insan yang serba kekurangan seperti di Afrika etc. Semoga Allah sampaikan aku kepada Ramadhan ini. Kita tahu hari ini kita ada lagi berpijak di dunia, tapi kita tak dapat pastikan esok pagi kita mampu bukak mata untuk melihat matahari yang setia dengan janjinya, yang menampakkan dirinya setiap pagi. So, jangan lupa berwudhu', baca doa tido and mengucap dua kalimah syahadah sebelum lelapkan mata.

OK, entry yang too lengthy. Semoga bermanfaat. Sayangilah mereka di sekeliling anda, sayangilah mereka yang menyayangi kita, kasihilah mereka yang membenci kita (erk!). Wassalam wbt.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejenak Bersama Hilal Asyraf

Alhamdulillah, dapat jugak jumpa Hilal and the geng semalam @Restoran Chucuk-chucuk Satay Celup, Bukit Beruang :) Krew Langit Ilahi memang best lah. Dah la semalam dapat cabutan berTUAH, dapat button badge. Comel comel belaka. Plus, ada sorang Sis ni, nama dia sebijik :D Kalau kat website LI, nickname akak tu "SisFaeez".

Konon kembar la :D


Banyak perkongsian yang Hilal selitkan, and as usual, memang menyentuh hati. Saudara Ameen Misran pun ada dedicate one poem. Tengah menunggu dia letak kat fanpage LI je :D After pengisian semua tu, ada pulak sesi soal jawab, walaupun ada 'something' yang buat event jadi senyap sunyi, Alhamdulillah Hilal and Ameen dapat control dengan sebaiknya. Tabik spring lah. Semoga apa yang terjadi menguatkan lagi perjuangan Hilal and the geng :)

Then, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, bukan makan. Tapi cabutan bertuah ^^ Dalam hati dah rasa macam "Alah, macam takde peluang je nak dapat". Tiba-tiba nombor dipanggil, huaaa rasa macam tak percaya :D Alhamdulillah. 2 orang wakil MMU berTUAH ni hehe. Walaupun tak dapat baju black edition tu, tetap bersyukur hee. Thanks to team LangitIlahi Store yang mensponsor hadiah. Semoga Sis Syarifah Nabihah selamat melahirkan baby yang comel nanti ^^

Kat restoran ni, ada dua pilihan kuah. Either Sup Ayam or Kuah Kacang. Meja kitorang pilih Kuah Kacang, tapi ada jugak g rompak kuah sup kat meja sebelah :D Alhamdulillah, kenyang gilos. Siap ada roti jala lagi, memang daebak la.

Nampak tak roti jala? :D

Dah habis makan, bermulalah sesi bergambar and mintak tandatangan. Siap mintak Sis Siti Farhana (:D) lukiskan lagi hee. OK, entry done :) Paipai.

Hilal Ayraf :)

Farahtul Ain, Sis Syarifah Nabihah, Siti Farhana, Sis Siti Farhana :DDD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

La Tay'asu

"Jangan mudah menyerah!"


Bangun dari kegagalan, jangan biarkan diri kita jatuh terlalu lama. Berdoalah, seperti Nabi Ya'qub yang tidak berputus asa berdoa supaya dipertemukan dengan anaknya Nabi Yusuf. Bergembiralah mereka yang meletakkan harapan hanya pada Dia, pemilik nyawa kita. Jom start berdoa! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Before it's too LATE

"..semoga diri ibu bahagia, di akhirat yang kekal abadi.." *tears*

I miss you..

Life is too short untuk kita enjoy tanpa berfikir tentang Dia. Stop wondering why Allah doesn't grant all of our wishes immediately, but rather thanks that He doesn't punish us immediately for all of our mistakes.

In our life, kita asyik berfikir macam mana nak jadi seorang yang penyabar, redha dengan ujian yang Allah turunkan. Tapi kita jarang terfikir, setiap kali kita cakap "susahlah nak sabar semua tu, bukannya benda senang", automatically kita block diri kita untuk jadi penyabar. Stop complaining, stop whining. Usaha ke arah itu, bukannya berusaha untuk meyakinkan diri kita yang sabar itu susah. (OK seriously pesanan untuk diri sendiri jugak yang tak kadang-kadang tak sabar T.T) Ingat, pasrah bukan bererti menyerah. Bersabar tak semestinya kalah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
Al-Baqarah (2):153
Banyak sangat cakap pasal sabar dalam blog ni =.= tapi nak buat macam mana, nak latih diri untuk jadi seorang penyabar, kenalah ajak yang lain sama. Taknaklah sorang-orang. And at least nanti ada orang akan ingatkan balik yang "kau pernah tulis pasal sabar tapi kau tak sabar?" So, dah tulis haruslah amalkan kan. :D

Allah tak pernah janjikan jalan kehidupan hambaNya tidak ditumbuhi duri. Tapi Allah berjanji akan sentiasa ada di sisi kita dan menolong kita dengan caraNya yang tersendiri yang kadang-kadang tak tercapai dek akal kita. Wallahu'alam.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

At least

At least Allah bagi kita kehidupan..
At least Allah bagi kita udara untuk disedut..
At least Allah bagi kita rezeki..
At least Allah tak pernah biarkan duka kita berpanjangan..
At least Allah berikan kita hati supaya kita punya perasaan..
At least Allah bagi kita akal untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah..
At least Allah bagi kita guidance untuk teruskan hidup kita..

There are soooo many 'at least' tapi kenapa masih persoalkan macam-macam perkara? Oh diri sendiri, belajarlah bersyukur dengan setiap yang ada, setiap yang terjadi, dan setiap sesuatu yang wujud di hadapan kita.

People might have different opinions, so take it easy. They say something to make you think. don't simply accept it or refuse it. Yang penting, ajar hati supaya mudah menerima dan tidak melenting. Mintak pendapat Dia untuk setiap perkara yang ingin kita lakukan, InsyaAllah pendapat Dia yang terbaik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Past vs Future

Bismillahirrahmanirrahim :))

 Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

choose!
let the failure of your past ignite your power of success
Semoga Allah permudahkan. :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesra Takdir

"Rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk kita mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan berlari lebih jauh ke hadapan.."
Setinggi gunung manapun dugaan yang kita terima, it doesn't mean kita boleh blindly salahkan sesiapa atas semua yang terjadi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yes, ayat yang biasa didengar, diucapkan, namun sukar sekali untuk 100% reda. Kenapa? Kerana tidak menyerah dan pasrahkan hati dan diri kepada Allah. Kadang-kadang, diri sendiri mengambil jalan untuk berkrisis dengan takdir, yang membawa kepada penyelesaian karut-give up. Astaghfirullah hal azim. :(

Hari ini kita jatuh sendirian, kita salahkan takdir yang membuat kita begitu. Kita salahkan batu yang menghalang, lantai yang licin, duri yang mencengkam. Kita taburkan amarah kepada mereka, walhal diri kita tidak dipersalahkan walau secubit pun. Ego. Ya Allah, jujurnya aku pernah menjadi sombong. Aku pernah lupa mencintaiMu, walau di bibir mengatakan betapa aku perlukanMu setiap detak jantungku. Aku terima jalan hidupku sebagaiman yang telah Engkau tetapkan, izinkan aku untuk berusaha walaupun payah yang kuterima.

Senua orang menyimpan impian untuk kembali ke kampung abadi, membayangkan indahnya Syurga tatkala diri masih dibelenggu dosa semalam. Semoga Engkau bukakan hati kami untuk bertaubat, mengejar diriMu, mengejar cinta Akhirat.


Kalau ada salah silap, tegurlah :) I'm not perfect, masih dalam 
proses mencari jiwa yang hilang. Semoga dipermudahkan. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS