Lately ni asyik ternampak pasal "Hidup Untuk Memberi" dan sewaktu dengannya je. Semalam Hilal pun post macam tu. Selama ni tahu je quote ni sebab blog Saiful Islam, tapi jarang sangat nak berfikir sedalam-dalamnya.
Seolah-olah dah jadi norm kat sekeliling kita, bila orang mintak tolong, baru kita akan tolong (tak semua situasi la kan, please please please, please take it as general-sambil nyanyi lagu alif satar). Padahal Islam anjurkan kita untuk saling membantu antara satu sama lain. Kadang-kadang, saya sendiri pun kalau ada orang yang tengah buat keje or ada masalah kat depan mata, tak pon nak hulurkan bantuan. Pastu bagi alasan kat diri sendiri, "Dia tak mintak tolong pun, tak payah menyibuk la Ana." Haish, fikiran macam ni la yang merugikan umat. T__T Tambah pulak dengan zaman teknologi ni, bila nampak orang macam nak mintak tolong, cepat-cepat busykan diri dengan main fon or laptop. (sila lempang saya).
But at some moment, bila kita sangat sangat perlukan bantuan, takde sape nak tolong. So kita pun mula la cakap dalam hati, "Isk, takde orang nak tolong ke. Selfish betul masing-masing" (Oups, nauzubillah). Tapi ada tak kita refleks balik kat diri kita, pernah tak kita tolong orang walaupun orang tu tak mintak tolong? One more thing, orang cakap, "Jangan malu malu kalau nak mintak bantuan pape ye". Tau tak, hakikatnya kita ni pemalu, so memanglah dok menunggu orang datang tolong je. So, kalau semua orang ada rasa prihatin, tak ignorance dengan masalah sekeliling, memberi tanpa dipinta, senang tak? Tak semua orang ada gut untuk voice out yang diorang perlukan bantuan, so kita kenalah jadi alert. Ada jugak sesetengah orang trauma, sebab dia pernah mintak tolong dari orang tapi orang tu tak menolong atas sebab MALAS. Sedih kan macam tu. Apelah nasib :(
SO, mulai hari ini, saya mahu menjadi seorang yang alert dengan persekitaran. Membantu tanpa dipinta, memberi tanpa dipaksa. Ehem, kalau saya tak buat sila ketuk dengan tumbler ><
Hidup Untuk Memberi
Monday, July 09, 2012 |
Labels:
Hidup untuk memberi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment