RSS

Bermain seperti kanak-kanak

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak present the model of plant cell. Terasa macam kanak-kanak pulak bila main dengan tanah liat etc tu :D Uli uli buat bentuk-bentuk organelles. Hasil selepas berhempas pulas (la sangat :P) menyiapkan model yang macam taman permainan.

Tadaaaaaa! :D

Cell wall untuk plant cell tu dah macam 'literally' ambil perkataan wall pulak ^^ Pagar rumah vs 'pagar' sel huhu. Apa apapun thanks to groupmates yang mengerah tenaga (hiperbola) menyiapkan semuanya di saat saat akhir. Sampai menang "The battle between two plant cells" heho. Tapi tak dapat menandingi ciptaan Allah yang sangat awesome, kita nak tiru pun jangan harap la nak sama kan. Yang dalam buku teks tu pon bukan exactly like the real one pun kan kan hehe. OK, yang kat bawah ni gambar plant cell from the other group. Memang sengit lah 'battle' tu :P

1st impression: "Macam katil, rasa macam nak tido" :D

This is the real life of university student nowadays, kembali ke zaman kanak-kanak :P (sarcastic ke?)

Next week pun present for the modelling jugak, DNA. So, marilah merajinkan diri.

p/s: Lab report belum siap ><

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Month Plus To Go

Pejam celik pejam celik, lagi sebulan lebih lagi nak Ramadhan. Cepat je Rejab berlalu. For me, Ramadhan membawa makna yang sangat mendalam. A month yang I spent my last time dengan arwah mak. Makan sama sama (as in bersahur dan berbuka puasa), dapat bersembang dengan mak, dapat tengok mak senyum, dapat makan masakan mak etc. Itu cerita Ramadhan 3 tahun lepas la :') Tak sangka dah nak masuk 3 tahun mak pergi menemuiNya. Rasa macam baru je. Terngiang-ngiang lagi malam raya kat hospital, pagi raya konon balik rumah bersiap cantik cantik, hari raya kan. Dah siap, terus pergi hospital balik, nak beraya dengan mak even though mak still unconscious. At least dapat berpagi raya, bersalam dengan mak, mintak ampun semua. I believe yang mak dengar semua tu, walaupun mak pejam mata. :)

Alhamdulillah pagi tu ramai kaum kerabat datang beraya kat hospital, takla rasa sedih sangat. Nenek pakcik makcik sepupu semua datang. Kat rumah memang takde stok kuih muih ketupat rendang langsung huhu. Semua orang yang bagi. Gembira la jugak sikit kan. Tapi tu lah, bila ujian Allah nak turun kan, kita tak sedar pun. Lepas solat Isya' kat surau hospital, secara tak sengaja brooch tudung kakak yang besar gedabak tu jatuh atas peha, memang berdarah-darah la =.= Time tu tak la rasa semacam lagi. Bila dah kat pintu lift, tiba-tiba kakak dapat call from guard yang jaga HDW (High Dependency Ward). Dia suruh kitorang cepat ke sana. Tak fikir pelik pelik lagi. Dah sampai tu, guard tu bagi semua orang masuk. Waktu tu bertiga. Dah pelik la, sebab selalunya 2 orang je and kena pakai nametag tu. Kaki dah lemah nak melangkah dah, nurse siap cakap,

"Adik, pergi tolong bisikkan kalimah syahadah kat mak adik ye. Banyakkan bersabar."

Allah :( Nak tersungkur pun ada. Tapi kuatkan jugak hati. Bukak je tirai, terus air mata mengalir. Something yang tak pernah dibayangkan, now jadi depan mata. Sebelum ni dengar cerita je. Tengok cerekarama je, yang mak/ayah/suami etc meninggal di hari raya Aidilfitri. Habis je mengucap dua kalimah syahadah tu, memang terus lari keluar ward. Apa orang tengok pelik, semua buat dono je. Duduk kat satu penjuru, menangis sepuas hati. Then baru call sedara terdekat and bestfriends, inform. Nak keluar satu perkataan pun, hanya Allah je yang tau betapa susahnya. Tersekat-sekat.

Keesokan pagi tu, mak selamat dikebumikan di kawasan perkuburan Islam near to my house. Yang terkilan sikit bila kita tak dapat uruskan arwah mak secara total, semua harap orang kampung (or orang kampung tak harapkan kita sangat :'( sedih tau tak) So, yang di luar sana tu, silalah bertegas untuk menguruskan jenazah ibu/bapa kita. From mandi, kafankan etc. Cari ilmu tu, and amalkan. Urm, since raya 2009 tu, memang dapat rasa yang suasana hari Raya Aidilfitri makin hambar. Ye lah, setiap kali raya mesti macam flashback depan mata, apa yang jadi time 2009 tu. Raya tahun ni taktau la pulak macam mana kan. Harapnya semuanya baik-baik belaka.

Tak sabar nak Ramadhan, tak sabar nak rasa indahnya menumpang rasa keperitan insan-insan yang serba kekurangan seperti di Afrika etc. Semoga Allah sampaikan aku kepada Ramadhan ini. Kita tahu hari ini kita ada lagi berpijak di dunia, tapi kita tak dapat pastikan esok pagi kita mampu bukak mata untuk melihat matahari yang setia dengan janjinya, yang menampakkan dirinya setiap pagi. So, jangan lupa berwudhu', baca doa tido and mengucap dua kalimah syahadah sebelum lelapkan mata.

OK, entry yang too lengthy. Semoga bermanfaat. Sayangilah mereka di sekeliling anda, sayangilah mereka yang menyayangi kita, kasihilah mereka yang membenci kita (erk!). Wassalam wbt.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejenak Bersama Hilal Asyraf

Alhamdulillah, dapat jugak jumpa Hilal and the geng semalam @Restoran Chucuk-chucuk Satay Celup, Bukit Beruang :) Krew Langit Ilahi memang best lah. Dah la semalam dapat cabutan berTUAH, dapat button badge. Comel comel belaka. Plus, ada sorang Sis ni, nama dia sebijik :D Kalau kat website LI, nickname akak tu "SisFaeez".

Konon kembar la :D


Banyak perkongsian yang Hilal selitkan, and as usual, memang menyentuh hati. Saudara Ameen Misran pun ada dedicate one poem. Tengah menunggu dia letak kat fanpage LI je :D After pengisian semua tu, ada pulak sesi soal jawab, walaupun ada 'something' yang buat event jadi senyap sunyi, Alhamdulillah Hilal and Ameen dapat control dengan sebaiknya. Tabik spring lah. Semoga apa yang terjadi menguatkan lagi perjuangan Hilal and the geng :)

Then, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, bukan makan. Tapi cabutan bertuah ^^ Dalam hati dah rasa macam "Alah, macam takde peluang je nak dapat". Tiba-tiba nombor dipanggil, huaaa rasa macam tak percaya :D Alhamdulillah. 2 orang wakil MMU berTUAH ni hehe. Walaupun tak dapat baju black edition tu, tetap bersyukur hee. Thanks to team LangitIlahi Store yang mensponsor hadiah. Semoga Sis Syarifah Nabihah selamat melahirkan baby yang comel nanti ^^

Kat restoran ni, ada dua pilihan kuah. Either Sup Ayam or Kuah Kacang. Meja kitorang pilih Kuah Kacang, tapi ada jugak g rompak kuah sup kat meja sebelah :D Alhamdulillah, kenyang gilos. Siap ada roti jala lagi, memang daebak la.

Nampak tak roti jala? :D

Dah habis makan, bermulalah sesi bergambar and mintak tandatangan. Siap mintak Sis Siti Farhana (:D) lukiskan lagi hee. OK, entry done :) Paipai.

Hilal Ayraf :)

Farahtul Ain, Sis Syarifah Nabihah, Siti Farhana, Sis Siti Farhana :DDD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

La Tay'asu

"Jangan mudah menyerah!"


Bangun dari kegagalan, jangan biarkan diri kita jatuh terlalu lama. Berdoalah, seperti Nabi Ya'qub yang tidak berputus asa berdoa supaya dipertemukan dengan anaknya Nabi Yusuf. Bergembiralah mereka yang meletakkan harapan hanya pada Dia, pemilik nyawa kita. Jom start berdoa! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Before it's too LATE

"..semoga diri ibu bahagia, di akhirat yang kekal abadi.." *tears*

I miss you..

Life is too short untuk kita enjoy tanpa berfikir tentang Dia. Stop wondering why Allah doesn't grant all of our wishes immediately, but rather thanks that He doesn't punish us immediately for all of our mistakes.

In our life, kita asyik berfikir macam mana nak jadi seorang yang penyabar, redha dengan ujian yang Allah turunkan. Tapi kita jarang terfikir, setiap kali kita cakap "susahlah nak sabar semua tu, bukannya benda senang", automatically kita block diri kita untuk jadi penyabar. Stop complaining, stop whining. Usaha ke arah itu, bukannya berusaha untuk meyakinkan diri kita yang sabar itu susah. (OK seriously pesanan untuk diri sendiri jugak yang tak kadang-kadang tak sabar T.T) Ingat, pasrah bukan bererti menyerah. Bersabar tak semestinya kalah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
Al-Baqarah (2):153
Banyak sangat cakap pasal sabar dalam blog ni =.= tapi nak buat macam mana, nak latih diri untuk jadi seorang penyabar, kenalah ajak yang lain sama. Taknaklah sorang-orang. And at least nanti ada orang akan ingatkan balik yang "kau pernah tulis pasal sabar tapi kau tak sabar?" So, dah tulis haruslah amalkan kan. :D

Allah tak pernah janjikan jalan kehidupan hambaNya tidak ditumbuhi duri. Tapi Allah berjanji akan sentiasa ada di sisi kita dan menolong kita dengan caraNya yang tersendiri yang kadang-kadang tak tercapai dek akal kita. Wallahu'alam.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

At least

At least Allah bagi kita kehidupan..
At least Allah bagi kita udara untuk disedut..
At least Allah bagi kita rezeki..
At least Allah tak pernah biarkan duka kita berpanjangan..
At least Allah berikan kita hati supaya kita punya perasaan..
At least Allah bagi kita akal untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah..
At least Allah bagi kita guidance untuk teruskan hidup kita..

There are soooo many 'at least' tapi kenapa masih persoalkan macam-macam perkara? Oh diri sendiri, belajarlah bersyukur dengan setiap yang ada, setiap yang terjadi, dan setiap sesuatu yang wujud di hadapan kita.

People might have different opinions, so take it easy. They say something to make you think. don't simply accept it or refuse it. Yang penting, ajar hati supaya mudah menerima dan tidak melenting. Mintak pendapat Dia untuk setiap perkara yang ingin kita lakukan, InsyaAllah pendapat Dia yang terbaik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Past vs Future

Bismillahirrahmanirrahim :))

 Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

choose!
let the failure of your past ignite your power of success
Semoga Allah permudahkan. :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS