RSS

Mesra Takdir

"Rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk kita mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan berlari lebih jauh ke hadapan.."
Setinggi gunung manapun dugaan yang kita terima, it doesn't mean kita boleh blindly salahkan sesiapa atas semua yang terjadi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yes, ayat yang biasa didengar, diucapkan, namun sukar sekali untuk 100% reda. Kenapa? Kerana tidak menyerah dan pasrahkan hati dan diri kepada Allah. Kadang-kadang, diri sendiri mengambil jalan untuk berkrisis dengan takdir, yang membawa kepada penyelesaian karut-give up. Astaghfirullah hal azim. :(

Hari ini kita jatuh sendirian, kita salahkan takdir yang membuat kita begitu. Kita salahkan batu yang menghalang, lantai yang licin, duri yang mencengkam. Kita taburkan amarah kepada mereka, walhal diri kita tidak dipersalahkan walau secubit pun. Ego. Ya Allah, jujurnya aku pernah menjadi sombong. Aku pernah lupa mencintaiMu, walau di bibir mengatakan betapa aku perlukanMu setiap detak jantungku. Aku terima jalan hidupku sebagaiman yang telah Engkau tetapkan, izinkan aku untuk berusaha walaupun payah yang kuterima.

Senua orang menyimpan impian untuk kembali ke kampung abadi, membayangkan indahnya Syurga tatkala diri masih dibelenggu dosa semalam. Semoga Engkau bukakan hati kami untuk bertaubat, mengejar diriMu, mengejar cinta Akhirat.


Kalau ada salah silap, tegurlah :) I'm not perfect, masih dalam 
proses mencari jiwa yang hilang. Semoga dipermudahkan. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

akiraqeela said...

amboiiii ade blog baru tak sound :)

suka ayat ni
"Rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk kita mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan berlari lebih jauh ke hadapan.."

:') touch my heart.

she loves green said...

hee,malas nak heboh-heboh..malulah orang baca hehe :D

dayu said...

heho :P

she loves green said...

ececece Dayeww hee

dayu said...

hahaha ..... mac cpt lah dtg :P

she loves green said...

hee sabo sabo